Beriman Kepada Qada’ Dan Qadar

Beriman Kepada Qada’ Dan Qadar
Maksud beriman kepada Qada’ dan Qadar adalah:
1. Meyakini dan mempercayai bahawa segala yang berlaku ke atas manusia bahkan ke atas seluruh isi alam ini telah ditentukan oleh Allah S.W.T sejak dari azali lagi.
2. Segala ketentuan baik dan ketentuan buruk telah ditetapkan oleh Allah sejak dari azali lagi.

Dalil Wajib Beriman Kepada Qada’ Dan Qadar

Sabda Rasulullah S.A.W. artinya: (Iman) kamu percaya kepada Allah, Malaikat-Nya, Kitab-kita-Nya, Rasul-rasul-Nya dan Hari Kiamat, dan kamu percaya pada ketentuan baik dan ketentuan buruk…. (Hadis)

Maksud Qada’ dan Qadar
Arti Qada’
Menurut Bahasa Qada’ adalah Hukum. Sedang menurut Syarak Qada’ adalah Ketentuan atau ketetapan yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas makhluknya sejak dari azali lagi.

Qada’ terbahagi kepada dua bahagian:
1. Qada’ Mubram artinya Ketentuan Allah ke atas makhlukNya yang tidak boleh diubah.
Contohnya: Ajal maut seseorang, Jantina
2. Qada’ Muallaq artinya Ketentuan Allah ke atas semua makhlukNya tetapi boleh diubah dengan usaha dan ikhtiar manusia.
Contohnya: Seseorang yang gagal dalam peperiksaan boleh mencapai kejayaan sekiranya dia berusaha bersungguh-sungguh.

Arti Qadar
Menurut Bahasa Qadar adalah Pelaksanaan. Sedang menurut Syarak Qadar adalah Pelaksanaan di atas segala ketentuan Allah ke atas semua makhlukNya sejak dari azali lagi.

Konsep Ikhtiar Dan Tawakkal
Ikhtiar adalah Cara manusia mencari jalan bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Tawakkal adalah Berserah kepada Allah S.W.T setelah berusaha bersungguh –sungguh.

Pemahaman Tentang Qada’ Dan Qadar

  1. Pendapat Jabariyah

Golongan ini berpendapat manusia tidak boleh mengubah apa-apa yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T

  1. Pendapat Qadariyah

Golongan ini pula berpendapat manusia yang bebas menentukan untung nasibnya di atas kehendak Allah. Contohnya : Kejayaan adalah daripada titik peluh sendiri bukan usaha orang lain.

  1. Pendapat Ahli Sunnah Wal-Jamaah

Golongan ini berpendapat bahwa segala kejadian baik atau buruk ditentukan Allah, tetapi manusia mempunyai pilihan yaitu ikhtiar untuk menentukan untung nasibnya. Contohnya: Kehidupan seseorang yang masih boleh berubah sekiranya berusaha bersungguh-sungguh.

Rumusan Dari Pada Pemahaman Tentang Qada’ Dan Qadar

  1. Pendapat Pertama (Jabariyah); Tidak sesuai kerana boleh menyebabkan manusia menjadi malas berusaha.
  2. Pendapat Kedua (Qadariyah); Tidak sesuai kerana boleh menyebabkan manusia menjadi takbur dan sombong.
  3. PENDAPAT KETIGA (Ahli Sunnah Wal Jamaah) Adalah pendapat yang terbaik karena percaya semua perkara ditentukan oleh Allah tetapi manusia diberi pilihan untuk menentukan hidupnya sendiri.

Hikmah Beriman Kepada Qada’dan Qada

  1. Memantapkan akidah seseorang
  2. Tidak sombong apabila berjaya
  3. Tidak putus asa sekiranya gagal
  4. Sabar & redha dengan takdir Allah

Ayat Muhkamat & Ayat Mutasyabihat

  1. Ayat Muhkamat adalah Ayat yang tepat, jelas, terang. Tidak perlu kepada penjelasan
  2. Ayat Mutasyabihat adalah Ayat yang kabur, samar-samar atau tidak jelas. Ia memerlukan penjelasan yang terperinci.

Download >>>>>

Beriman Kepada Qada’ Dan Qadar.doc (file)

Beriman Kepada Qada’ Dan Qadar.ppt (file)

^_^  ^_^  ^_^  ^_^  ^_^  ^_^  ^_^  ^_^  ^_^  ^_^  ^_^  ^_^  ^_^  ^_^  ^_^

Tinggalkan komentar

Belum ada komentar.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Berikan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

Ikuti

Get every new post delivered to your Inbox.